Sunday, 28 September 2014

#D.E.S.T.A.R





Assalamualaikum and Hi people !







naahh !! we meet again people here ! how's life ? was it gooooddd ??? hehe .. hopefully what we planned will goes well , insyallah :)



remember that I want to continue my story about my research named 


Destar a.k.a Tengkolok

naahhh !! here I am to be your story teller :) 





NYONYA THE STORYTELLER









( malay version )





Sekali bernama destar
Duanya bernama Tanjak
Tiganya bernama Tengkolok
Nan dihujung kepala
Nan dipakai berpaut pautan
Nan Beradat Berlembaga
Nan Beradat berketurunan
Nan dijaga dipelihara
Nan bertempat dan bertempatan 
Nan ada asal usulnya





maka 
tersebutlah kisah...







Destar melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang Melayu terserlah melalui pengolahan motif dan penggubahan destar yang pelbagai. Destar merupakan sebahagian daripada pakaian kebangsaan masyarakat Melayu yang mempunyai latar belakang sejarah menarik dalam konteks kebudayaan Melayu. 


Ini jelas terbukti daripada pelbagai sudut teks sastera Melayu lama seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Malim Deman dan sebagainya yang menyatakan tentang pemberian sepersalinan pakaian yang lengkap oleh Sultan atau Raja kepada seseorang yang telah berjasa kepada Bangsa dan Negara. 



barisan golongan pembesar Raja- Raja Melayu

Lihat imej diatas jelas menunjukkan kepelbagaian pemakaian dan jenis destar dari segi rupa dan seni tampaknya mengikut Negeri naungan masing-masing yang juga membawa imej negeri tersebut. 





Tok Kenali



Istilah "Destar", "Setanjak" dan "Tengkolok" adalah sinonim yang menerangkan tentang hiasan kepala yang digunakan oleh kaum lelaki. Terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa tiada perbezaan maksud antaranya. Perbezaan hanya dari segi sebutan mengikut tempat destar dipakai. 


Sebagai contohnya di Negeri Sembilan lebih dikenali dengan sebutan Destar atau disebut "Deta" dalam loghat Negeri Sembilan. Di Negeri Selangor pula lebih dikenali sebagai "Setanjak", manakala di negeri Perak dikenali sebagai "Tengkolok" dan di Negeri Kelantan dan Terengganu sering disebut "Setangan" atau "Semutar". 



Akan tetapi, terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa terdapat beberapa perbezaan maksud antara Destar, Setanjak, dan Tengkolok. Tengkolok merupakan hiasan kepala bulatan kain bermutu yang lilitannya berlapis ( tebal ) dan meruncing keatas manakala Destar pula lilitannya rendah dan nipis berbanding tengkolok. 





pelbagai jenis lipatan destar


Setanjak pula lilitannya seperti tengkolok tetapi kainnya lebih ringkas dan nipis. Sebagai perhiasan kepala, Destar diletakkan begitu tinggi martabatnya dan adalah menjadi satu kehinaan sekiranya destar yang dipakai jatuh kebumi, dilangkah apatah lagi dipijak.




             - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 





#Sejarah Destar


Sejarah penciptaan Destar bermula daripada idea melindungi kepala daripada cuaca yang panas terik dan hujan. Apabila petani, pekebun dan nelayan turun bekerja dibendang mereka akan menggunakan ikatan kepala untuk melindungi daripada cuaca panas terik.





golongan petani dan pekebun



Lama kelamaan cara melilit kepala dengan kain menempuh perubahan dari segi puisi dan berbeza dari satu tempat ke tempat dan sehingga pada hari ini telah menjadi satu hasil warisan seni milik bangsa Melayu. 



Pada zaman dahulu adalah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila menghadap Raja. Memakai destar pada satu masa dahulu adalah kemestian bagi golongan lelaki Melayu yang melambangkan jati diri budaya Melayu. Ia juga di pakai dalam reka letak mata wang ringgit Malaysia dimana Destar Dendam Tak Sudah dikenakan dalam foto tersebut yang boleh didapati di duit kertas ringgit Malaysia (RM).




image by Google



Seni lipatan atau menakuk destar mempunyai falsafah dan pemikiran makna lambang dan simbol yang tertentu. Disebalik seni lipatan ini terselit falsafah tertentu yang perlu difahami. Antara simbol atau lambang yang digambarkan oleh penciptaan destar ini adalah lambang kekuasaan, perbezaan kelas, kepahlawanan, keperibadian bangsa, keindahan daya cipta, keagamaan dan pengkalan sejarah. 



Penciptaan bentuk destar ini menggambarkan hirarki pemerintahan diRaja. Penggunaan kain, warna dan bentuk lipatan dalam pemakaian destar pada ketika dahulu jelas menggambarkan status pemakaiannya. Proses menakuk destar melambangkan status pemakaian seorang raja dan sultan yang memakai destar 5 lipatan. Bendahara memakai 4 lipatan, Temengung memakai 3 lipatan manakala orang kebanyakkan memakai 2 lipatan. 



Perbezaan kelas ini juga jelas menggambarkan melalui bentuk lambaian kasih yang digayakan oleh pemakainya. Jika dipandang kedudukan hujung destar dapat diketahui daripada kelas mana seseorang itu tergolong. Hujung destar atau lambaian kasih yang dipakai oleh kelas pemerintahan daripada keturunan raja terletak disebelah telinga kanan pemakanya, manakala rakyat jelata terletak disebelah telinga kiri pemakainya. 




Antara jenis lipatan Destar yang sering dipakai adalah seperti " Dendam Tak Sudah " yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan dan semasa upacara rasmi lainnya. Destar ini diperbuat daripada kain songket berwarna hitam bersulam benang emas. Bahagian hadapan Destar dilengkapi jata anak bulan dengan bintang pecah empat belas (14) yang diperbuat daripada emas putih dengan lambang Kerajaan Malaysia di bahagian tengahnya. 

Jenis Seni Tampak Destar : Golongan DiRaja 


Destar Dendam Tak Sudah dilengkapi jata bintang pecah 14



Destar Sarang Kerengga

Destar jenis Dendam tak sudah dan Sarang kerengga ini hanyalah dipakai oleh golongan DiRaja sahaja dan orang kebanyakkan adalah dilarang sama sekali untuk memakainya terutama apabila melibatkan upacara masuk ke dalam istana bagi penganugerahan atau pertabalan. 






Jenis Seni Tampak Destar : Golongan Orang Kebanyakkan


Helang Menyonsong Angin




Solok Timbo 
Jenis Destar Helang menyonsong angin adalah sinonim dikalangan para pahlawan yang signifikasinya terletak pada ketinggian destar yang melambangkan kepahlawanan dan keberanian serta sifat seorang perwira. Solok Timbo juga merupakan destar yang dipakai dan digayakan oleh orang kebanyakkan yang sering dipakai di upacara keramaian dan majlis perkahwinan orang Melayu yang menjadi kelengkapan busana perkahwinan bagi pihak lelaki.

             
           
             - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 




okay that is for the INTRODUCTION ...


later I will update more about the types and other content about DESTAR ...

keep following me yeahhhh .......

till we meet again people :) 





enjoy reading :)




keyboardwarrior,
#nyonya amirah










No comments:

Post a Comment