Assalamualaikum and Hi people!
.... heyyyaaa people !!
At my latest previous post, I have tell people about the Design of the Destar and the type of the Destar that have their own name and shape, design and also size. Regarding to the post, I proceed to this post by elaborate about the Process of Making Destar. For the Process of Making Destar, there is 10 types of pleat that containing its own meaning which is explaining about the flows and steps in the relationship of man and woman that going through a marriage life from the beginning of the friends ice breaking session until reach the step of hand in marriage a girl. As usual, I will explain the facts in Malay version so that the blogger will understand more about what I am trying to derived.
So enjoy yaaahhh people :)
(malay version)
#Proses Menakuk Destar
Setiap penakuk yang menakuk destar mempunyai falsafah dan teknik yang tertentu dalam menakuk destar berdasarkan kefahaman yang berbeza mengikut guru ya mengajarnya. Seorang penakuk destar di Raja di Negeri Sembilan Haji Md Isa Bin Md Ali menyatakan setiap destar harus disudahkan dengan sepuluh (10) lipatan yang melambangkan pertemuan antara pasangan dan kekasih. Ia dimulakan dengan "Langkah Bermula" yang membawa maksud merisik seorang perempuan, kemudian "Risik Melangkah" iaitu menghantar cincin tanya, "Risik Bertemu" iaitu cincin pertunangan, "Cincin Berkembang" iaitu kembang cincin dan diakhiri dengan "Hukum Berjalan" iaitu akad nikah.
Apabila selesai peringkat perkenalan dan upacara merisik, lipatan diteruskan dengan :
* "Lambaian Kasih"
yang menggambarkan pertemuan, persahabatan dan hormat menghormati diantara lelaki dan perempuan.
* "Kasih Bermula"
menggambarkan kehidupan pasangan suami isteri yang penuh dengan kasih mesra.
* "Bertemu Kasih"
menggambarkan kemesraan perhubungan diantara suami dan isteri yang penuh dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
* "Gelembung Kasih"
menggambarkan kebahagiaan dan kasih sayang yang semakin erat diantara pasangan suami isteri apabila mengetahui bahawa mereka bakal menimang cahaya mata.
* "Lambaian Ibu"
menggambarkan kegembiraaan serta kesyukuran ibu bapa kedua belah pihak apabila menerima pengkhabaran bahawa mereka akan menerima cucu.
Keseluruhan Lipatan:
1) Langkah Bermula
2) Risik Melangkah
3) Risik Bertemu
4) Cincin Berkembang
5) Hukum Berjalan
6) Lambaian Kasih
7) Kasih Bermula
8) Bertemu Kasih
9) Gelembung Kasih
10) Lambaian Ibu
so that is the explanation and story about " A Significant " for this time..
I hope that all of my facts and story will help people to know more about Destar which is a significant of heritage to remember :)
I hope that all of my facts and story will help people to know more about Destar which is a significant of heritage to remember :)
keep reading people :)
thanks for watching !
keyboardwarrior
#nyonya amirah
thanks for watching !
keyboardwarrior
#nyonya amirah
No comments:
Post a Comment