Assalamualaikum and Hi people!
It's been a longggggggggggggggggggggggggg BREAK and my blog getting dusty !!
Haachuuummmm !!
going back to the Destar that I've been tell to all about the introduction in a last week , so here I am to continue the story and facts about the Destar again :)
are you ready people ???
:)
At the previous post, I've already tells about introduction of the Destar which covers the history and the background of the Destar itself, so for this post, I'm going to tells about the Design of Destar which cover all the parts of Negeri Sembilan Destar which is my subject matter.
I am going to dive in deep slowly about the Destar post by post to make sure that all the bloggers and viewers will understand and in the same time interested with this kind of Malay Heritage Material Culture which is for me is so interesting to capture about it and to know about the history and the story behind of this huge Heritage that currently be seen especially on the Malay Wedding Ceremony.
For your information, Destar can be differentiate according to the state that practice their own design and signatures that be the image of the state itself. Such as in Negeri Sembilan, they were familiar with the "Olang Menyosong Angin" and "Solok Timba" and for surely the great ever Destar " Dendam Tak Sudah" that being the signature of the state.
(malay version)
#Reka Bentuk Destar
Di Negeri Sembilan reka bentuk Destar lebih dikenali dengan sebutan "Solek" manakala orang yang membentuk Destar dipanggil "Penakuk". Penakuk Destar menggunakan alam persekitaran sebagai idea. Pelbagai bentuk motif telah dicipta berdasarkan pengamatan tentang alam persekitaran. Mereka Bentuk Destar terbahagi kepada 2 jenis iaitu reka bentuk tradisi dan reka bentuk kreatif. Hampir semua mereka bentuk tradisi mempunyai bentuk yang bersandarkan kepada alam flora dan fauna. Destar yang berasaskan tumbuhan seperti solek "Kacang Dua Helai Daun", "Solok Timba", "Kuntum Tak Jadi" dan sebagai yang melambangkan idea yang diperolehi daripada alam flora.
Destar Solok Timba |
Manakala contoh Destar yang berasaskan binatang pula adalah seperti solek "Ayam Patah Kepak", "Gajah Berjuang", Olang Menyosong Angin", "Sarang Kerengga" dan sebagainya. Manakala reka bentuk kreatif pla ialah Destar yang berbentuk ciptaan baru yang sering digunakan oleh penari dalam persembahan kebudayaan.
Destar Olang Menyosong Angin |
Destar Dendam Tak Sudah merupakan solek Destar yang amat popular di Malaysia. Destar ini berasal dari Negeri Sembilan dan tidak diketahui sejak bila Destar ini telah mula dicipta. Mengikut pendapat penyelidik sejarah Destar ini telah mula diperkenalkan apabila Raja Melewar ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar yang pertama di Negeri Sembilan. Warisan pemakai Destar ini diteruskan oleh DYMM Tuanku Abd Rahman (Agong Pertama), Tunku Munawir, Tunku Jaafar dan DYMM Tunku Muhriz yang mengekalkan tradisi mengayakan Destar Dendam Tak Sudah. Menurut cerita lisan orang yang pertama menakuk Destar "Dendam Tak Sudah" ialah To' Memperang Pegawai 99 daripada suku Tanah Datar, Kampung Sawah Liat, Seri Menanti. Nama "Dendam Tak Sudah" bermaksud ketidakpuasan hati si pendandan dalam penghasilan lipatan tengkolok yang bertingkat yang nampak tidak selesai.
Destar Sarang Kerengga |
Manakala Destar "Sarang Kerengga" sering digunakan dan diolah sendiri oleh Tunku Muhamad yang juga telah di rezabkan sebagai hak cipta terpelihara Tunku Muhamad sendiri dimana orang lain atau pembesar - pembesar lain dilarang sama sekali mememakai Destar tersebut dan hanya beliau seorang sahaja yang boleh memakainya.
Kesemua rekaan Destar ini melambangkan hasil seni klasik Melayu yang amat indah, menarik dan mengkagumkan. Bentuknya menggambarkan jiwa seni yang halus. Reka bentuk ini turut terjelma dalam fikiran dan kemudiannya dibentuk oleh tangan. Reka bentuk ini turut diresapi pengaruh Islam dan terselit unsur falsafah yang tinggi dalam reka coraknya. Reka bentuk, simbolik dan ragam rias Destar membuktikan betapa orang Melayu mempunyai daya cipta yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu ciptaan hasil tangan.
Melalui penciptaan seni tampak seperti ini, masyarakat Melayu dahulu kala terutamanya berupaya menjana ekonomi mereka dengan mengambil upah melipat Destar ini yang bukan menjadi kerja yang enteng akan tetapi melipat dengan penuh makna dan falsafah merupakan perkaara yang sukar untuk dilakukan bagi penakuk destar yang baru menceburi bidang ini. Kebanyakan dari penakuk Destar adalah mereka yang mewarisi tradisi seni tampak ini sejak turun temurun lagi dimana seni tampak ini mengandungi makna dan falsafah yang tersendiri di setiap lipatan atau takuk yang dibuat.
Menurut kata penakuk Destar Negeri Sembilan (Tuan Hj. Mustaffa Albakri) "Ramai yang boleh membuat lipatan seperti yang diajar didalam tutorial dan menjadi rupanya, akan tetapi bagi menghasilkan Deta yang bermakna yang mengandungi falsafah yang sebenar bukanlah kerja yang mudah" . Demikianlah kata penakuk Destar ini yang telah mewarisi seni tampak Destar ini sejak berumur 7 tahun lagi yang belajar secara tidak formal yakni secara praktikal daripada ayah beliau sendiri (Haji Md. Isa).
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Well.. that is the story about the Destar Design.
I hope that my information will help all the people to get know about this kind of Heritage that seems to be modernize nowadays but for me, the Traditional is better than the Clone because of the sentimental value itself makes this Material Culture looks so tangible and classy but still contain the traditional Malay element and I Love It !
okay, will be update soon people !
enjoy reading :)
thousand thanks for spending your time and eyes to read my post and ask your friend to join and follow my pages (fb) and my blog ...
thanks so much people :)
keyboardwarrior,
#nyonya amirah
No comments:
Post a Comment